Kembali ke sekolah setelah sekian lama bercuti menjadikan aku sedikit teruja. Jam 6.50 pagi aku tiba jua diperkarangan sekolah. Berdebar-debar rasa hati. Gelap dan sunyi memenuhi pandangan. Hanya ada dua buah kereta sahaja. Aku sedikit teragak-agak, mencari ruang untuk memakir kereta. Walhal aku tahu tempat kebiasaanku. Bertanya pada teman yang menumpang aku ke sekolah, akhirnya aku memilih tempat biasa itu untuk memakir keretaku.
Sebaik aku memasuki bilik guru, aku dimaklumkan bahawa hari ini adalah hari suai kenal bagi murid Tahun 1 dan guru-guru juga perlu mengemaskan bilik guru serta bilik-bilik yang telah ditetapkan. Bersemangat aku membersihkan tempat dudukku. Maklumlah...2 bulan aku tinggalkan tempatku tanpa dikemas dan tidak sekalipun aku datang menjenguk ke sekolah selama aku bercuti sakit mahupun ketika cuti sekolah. Hehehe...cuti sakan la katakan...
{♥}blogged by semara suci @ 8:27:00 PM{♥}