<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2110408497065885986\x26blogName\x3dsemara+suci\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://semarasuci.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://semarasuci.blogspot.com/\x26vt\x3d8475694285663902692', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
©Copyrighted
don't try to be funny!
want the codes please ask me :D





{♥}{♥}
Friday, August 28, 2009

Malam tadi sekitar jam 9.30, aku menerima panggilan dari kota London. Panggilan dari seseorang yang telah lama tidak kutemui, hanya sekadar berbual di alam maya. Aku akui, aku rindu dengan pemilik suara itu. Pelbagai perkara kami bualkan seputar kehidupan kami. Ternyata, dia masih seperti dulu, tidak pernah lekang dengan kata-kata nasihat, teguran dan pandangan atas setiap permasalahan. Kata-kata itulah yang sering mendamaikan jiwa, menghilangkan resah dan gundah di hati ini.

Dalam banyak-banyak nasihatnya, aku terkesan dengan kata-kata "biar apa pun musibah yang melanda hidupku, aku harus redha, kerana ia adalah ujian TUHAN buatku. Sama ada aku bersedia atau tidak untuk melalui musibah itu, aku harus kuat untuk bangkit dan membina diriku, seterusnya berusaha memantapkan kerjayaku...hanya kerjaya dan masa depan yang bagus adalah jaminan untukku terus utuh melayari kehidupan''.

{♥}blogged by semara suci @ 1:21:00 PM{♥}




{♥}{♥}
Tuesday, August 25, 2009

Hari ini aku menyambut ulang tahun kelahiranku yang ke 28. Semoga ulang tahun kelahiran yang jatuh dalam bulan Ramadhan memberi sejuta rahmat dalam hidupku. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, aku memanjatkan doa ke hadrat Ilahi, semoga aku dipanjangkan usia, dimurahkah rezeki, berjaya dalam setiap apa yang kulakukan,terutamanya berjaya dalam profesion keguruan ini dan beroleh kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Doaku juga, moga hari-hari yang bakal lalui akan lebih bermakna dan ceria disamping insan-insan yang tersayang.

{♥}blogged by semara suci @ 12:09:00 AM{♥}




{♥}{♥}
Monday, August 24, 2009

In My Life:
I learned...
How 2 love,
How 2 smile,
How 2 be happy,
How 2 be strong,
How 2 be work hard,but...
I didn't learn how 2 forget you...

{♥}blogged by semara suci @ 12:08:00 AM{♥}




{♥}{♥}
Saturday, August 22, 2009

Ramadhan kembali lagi. Semoga Ramadhan kali ini membawa keinsafan dalam jiwa setiap insan yang tidak pernah lepas dari melakukan kekhilafan. Doaku, agar kehadiran Ramadhan tahun ini menjadikan aku seorang insan yang penuh pengertian dan dilimpahi rahmat Tuhan. Amin...

{♥}blogged by semara suci @ 12:04:00 AM{♥}




{♥}{♥}
Tuesday, August 4, 2009

Jumaat lepas, tanggal Julai 31, setelah tamat sesi p&p sekitar jam 11.30 pagi, aku menghubungi kakak sepupuku untuk bertanyakan tentang sejauh mana kebagusan novel 'Ketika Cinta Bertasbih' sebelum aku mendapatkannya. Membaca komen beliau mengenai novel itu di blognya, membuatkan aku tertarik untuk memiliki naskhah berkenaan. Setelah berbual lebih kurang 10 minit, aku membuat kesimpulan, bahawa aku harus segera mendapatkan novel tersebut. Saranan beliau juga meminta aku mendapatkan buku motivasi yang bertajuk 'La Tahzan' (Jangan Bersedih). Katanya, "sebelum mula membaca Ketika Cinta Bertasbih adalah lebih baik membaca La Tahzan''.

Pada keesokan harinya, aku segera ke perpustakaan untuk mendapatkan kedua-dua buah buku tersebut. Malangnya perpustakaan tidak memiliki buku-buku itu. Akhirnya, aku menemui buku-buku itu di kedai buku yang sering aku kunjungi. Ketika entri ini ditulis, aku telah menyelesaikan pembacaan 'La Tahzan'. Kini, aku mula mengerti mengapa dia mengesyorkan aku membaca buku motivasi itu. Esok, aku akan mula menyingkap helaian 'Ketika Cinta Bertasbih' pula. Semoga sesi pembacaan ini mampu mendamaikan hatiku dan menghilangkan segala resah yang bermukim di sanubari.



{♥}blogged by semara suci @ 7:19:00 PM{♥}









pink heartME, MYSELF & I
♥ semara suci





pink heartWISHES
b happy with him

pink heartLOVE SONG



pink heartTHE PASTS

PENGHUJUNG PENGGAL
SEPETANG DI OLDTOWN
SEDEKAH.CINTA
PERTEMUAN
LEGA
HARI YANG MEMENATKAN
PEMBETULAN
AKAL
BOYS'RE STUPID, SOME MEN TOO
UPSR

pink heartHISTORIES
December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010


pink heartTAGBOARD


pink heartDARLINK
viewing

iman qistina
nanyrazaly
zanazanzaly
rozais al-anamy
noble art

pink heartMY LINK


pink heartVISITORS

pink heartTHANKS
Designer : peiyinqq--x33
Basecode : ----xDEAD
Background:egginess
Others : x o x o