<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2110408497065885986\x26blogName\x3dsemara+suci\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://semarasuci.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://semarasuci.blogspot.com/\x26vt\x3d8475694285663902692', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
©Copyrighted
don't try to be funny!
want the codes please ask me :D





{♥}SYUKRAN JAZILAN{♥}
Sunday, May 31, 2009

Aduhhh...penat sungguh kurasakan. Dari pagi hingga ke tengah hari, aku dan keluargaku sibuk mengemas rumah. Mujurlah ada sepupu-sepupuku. Akhirnya kerja yang dilakukan selesai juga sebelum Zuhur. Maklumlah, semalam rumahku mengadakan Majlis Kesyukuran dan Tahlil sebagai tanda kesyukuran kerana aku akhirnya telah pun mempunyai kerjaya yang ku kira kerjaya yang sempurna. Jadi, pada pendapatku eloklah rezeki yang ada walaupun tidak banyak, haruslah dikongsi bersama, terutama dengan keluarga tersayang.

Bermula petang Jumaat, setelah selesai Majlis Konvokesyenku di Putrajaya, aku bersama suami dan adikku serta sepupu-sepupuku memulakan tugas masing-masing. Walaupun secara totalnya penyediaan lauk-pauk adalah merupakan hasil tangan ibu dan makcikku dengan dibantu oleh jiran-jiran terdekat, tetapi kami sebagai anak-anak juga tidak ketinggalan dengan tugas yang telah ditetapkan. Majlis yang bermula tepat jam 12.30 tengah hari, berakhir sekitar jam 7.00 malam.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Semoga majlis yang telah berlangsung diberkati Ilahi dan kegembiraan yang diperolehi mampu menghakis segala rasa gundah di hati.

{♥}blogged by semara suci @ 10:33:00 PM{♥}




{♥}MAJLIS KONVOKESYEN{♥}
Friday, May 29, 2009

Akhirnya, hari yang ku nanti-nantikan tiba jua. Konvokesyen datang lagi. Hari ini, pada usia 28 tahun, aku meraikan konvokesyen buat kali yang kedua dalam hidupku. Ini bermakna segala penat lelahku selama setahun di IPGM Kampus Bahasa Melayu mengharungi segala cabaran, ujian dan dugaan telah membuahkan hasil. Diploma Pendidikan kini dalam genggaman. Alhamdulillah, aku dan rakan-rakanku berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.

my graduation day

Usai menunaikan solat Subuh, tepat jam 6.30 pagi, kami bertolak ke Putrajaya dengan menaiki Myvi sepupuku. Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya merupakan tempat di mana majlis konvokesyen IPGM Zon Tengah diadakan. Sungguh, aku benar-benar teruja untuk menghadiri majlis ini. Maklumlah dah lama tidak bertemu dengan rakan-rakan sekelas...Yang penting dapat hilangkan rasa rindu yang semakin menebal dalam sanubariku. Ya, Putrajaya menjadi saksi pertemuan aku dan rakan-rakanku. Cuma, sayangnya kami tidak dapat berkumpul seramai 10 orang seperti dulu.

happy graduation day

Buat semua rakan yang tidak pernah padam dari ingatan, sekalung tahniah kuucapkan pada kalian atas kejayaan yang diperolehi. Semoga kejayaan akan terus menjadi milik kita.

Labels:


{♥}blogged by semara suci @ 4:55:00 PM{♥}




{♥}TERIMA KASIH{♥}
Sunday, May 24, 2009

Dua hari selepas tarikh keramat bagi warga pendidik, iaitu Mei 18, sekolah aku mengadakan sambutan Hari Guru secara besar-besaran. Sampai sahaja di sekolah sekitar jam 6.50 pagi, aku melihat sekeping kad dan sekotak kek yang tertulis namaku dengan ucapan 'Selamat Hari Guru' dan 'I love U' dari muridku, murid Tahun 2. Terharunyaaa ku rasa...

Acara dimulakan dengan pembacaan perutusan oleh 2 orang guru yang mewakili Menteri Pelajaran dan Ketua Pelajaran Malaysia. Selesai sesi pembacaan, murid-murid dibenarkan rehat dan kami para guru dijamu dengan pelbagai jenis makanan dan minuman. Erm...punyalah banyak makanan, tapi aku hanya mampu makan beberapa jenis sahaja. Aiskrim yang pelbagai jenis pun tidak mampu aku nikmati. Benarlah kata orang, kebesaran kaum Cina adalah dengan jamuan makan.

Ketika kaki melangkah menuju ke meja setelah selesai semua acara, mataku menangkap pada keadaan dimejaku. Sungguh, aku tidak menyangka, mejaku penuh dengan pelbagai hadiah. Aku teliti semua hadiah pemberian murid-muridku...nyata...aku benar-benar terharu. Walaupun ini bukan kali pertama aku menyambut Hari Guru, kerana aku pernah menyambutnya semasa menjadi Guru Ganti selama 2 tahun, tetapi aku akui perasaanku kali ini lain benar. Walaupun bukan hadiah yang ku minta, tapi aku tetap menghargainya kerna ku tahu muridku telah menghargaiku.

Dalam banyak-banyak hadiah yang ku peroleh, hatiku sayu bila melihat sekotak hadiah pemberian dari seorang murid Tahun 3. Murid yang tidak membuat kerja, tidak tahu membaca dan tidak pernah bersuara walaupun puas aku mengajukan pelbagai soalan. Sudah habis kaedah berlembut dengannya, ada ketika amarahku memuncak juga...Pernah ku marahi murid itu sepuas-puasnya, tapi dia hanya mendiamkan diri dan memandangku dengan pandangan sayu. Mengingatkan pemberi hadiah itu, air mataku tumpah untuk kesekian kalinya...

Lantas, aku berbalas mesej dengan Kak Nura, bercerita tentang perasaanku. Rupa-rupanya dia juga mengalami apa yang ku alami. Teringat kami pada kata-kata Pensyarah kami di maktab dulu, dalam mengharungi cabaran sebagai pendidik, murid yang akan mengingati kita dan menghargai kita ialah murid yang selalu kita marahi, murid yang kurang pandai dan murid yang belajar di kelas yang lemah. Kusimpulkan peristiwa hari ini, dengan doa dan harapan yang menggunung, selagi terdaya akan ku usaha mendekati murid-murid yang lemah dan membantu mereka dengan sebaik mungkin.

{♥}blogged by semara suci @ 8:42:00 AM{♥}




{♥}SATU CINTA{♥}
Sunday, May 17, 2009



Di dalam diriku hanya ada satu cinta
Yang membuat ku bahagia bersamamu
Jangan kau hempaskan tak mampuku berduka lagi
Berikan ku kesempatan bersamamu

Photobucket

{♥}blogged by semara suci @ 7:28:00 AM{♥}




{♥}SELAMAT HARI IBU{♥}
Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu yang disambut pada tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya....Selain doa yang kupanjatkan setiap hari usai solatku, hari ini kami turut meraikan ibu secara sederhana. Sepasang kain berwarna oren berbunga keemasan ku hadiahi pada ibu. Bahagia ku rasakan bila kulihat ibu melemparkan senyum yang tak henti-henti saat kuhulurkan bungkusan kain itu padanya. Terdetik juga di hatiku, entah bila pulalah aku akan merasai nikmatnya bergelar seorang ibu. Ingin sekali aku merasai detik indah itu...
Apapun sebelum terlewat, ku ungkapkan ucapan 'Selamat Hari Ibu' pada semua wanita yang telah bergelar ibu, khususnya buat teman-teman yang bakal bergelar ibu.


Labels:


{♥}blogged by semara suci @ 9:08:00 PM{♥}




{♥}KURSUS{♥}
Thursday, May 7, 2009

Setelah 3 hari berada di IPGM Kampus Bahasa Melayu, bermula Mei 5, hari ini tamatlah sudah kursus yang aku ikuti. Kursus Pengurusan Seni Persembahan Pentas, merupakan 1 kursus yang memberikan 1 dimensi baru dalam kehidupanku. Pada mulanya, aku tidak tertarik langsung untuk memenuhi jemputan ke kursus ini. Tetapi setelah aku mengikutinya, aku mula jatuh cinta dengan apa yang telah aku perolehi.
Kursus ini menjurus kepada bagaimana cara untuk menghasilkan seni persembahan teater, bermula dari aspek latihan pernafasan, olah tubuh, mengaplikasi teknik improvisasi dan ekspresi wajah mengikut 'mood' tertentu. Kami juga didedahkan dengan bagaimana cara untuk menguruskan satu-satu persembahan teater.
Selama 3 hari ini juga, aku mula mengenali apa itu 'Senam Seni'...Nak tahu, setiap kali pulang dari IB, aku pasti tunjukkan pada ibu & adikku 'bunga' senaman yang telah aku lakukan setiap pagi sebelum memulakan aktiviti. Kata ibu, "rajin-rajinlah amalkan kalau nak terus cantik dan kekal kurus"..Hehehe...ada-ada saja...

{♥}blogged by semara suci @ 10:07:00 PM{♥}




{♥}CUTI-CUTI MALAYSIA{♥}
Monday, May 4, 2009

Sempena cuti Hari Pekerja yang lalu, aku melepaskan semua penat lelahku yang terkumpul selama ini dengan bercuti ke Perak dan Pahang. Pagi Jumaat tanggal Mei 1, seorang kenalan mengirim mesej ringkas yang berbunyi 'hai,rakan sebaya...tak ke mana-mana ke sempena cuti-cuti Malaysia'. Aku hanya membalas ringkas, 'erm...sekejap lagi satu Malaysia ni aku jelajah'. Hahaha...kesian pada temanku itu, menerima jawapan sebegitu daripadaku.

Tepat jam 2.oo petang, aku membuat keputusan mahu bercuti ke Teluk Batik. Kata keluargaku, bagus juga pergi ke tempat yang belum pernah dijejaki. Jam 3.00 petang, aku memulakan perjalanan. Belum pun separuh perjalanan, keretaku rosak di Kuala Selangor. Mujurlah, kerosakan tidak terlalu teruk, dan ia hanya mengambil masa kira-kira 40 minit sahaja untuk diperbaiki.

Tepat jam 6.30 petang, aku akhirnya tiba di Teluk Batik. Sekali lagi aku diduga, bila semua penginapan di Teluk Batik ini telah pun penuh, sama ada chalet mahupun hotel. Akhirnya, aku membuat keputusan, untuk makan malam sahaja di Teluk Batik, dan perjalanan di teruskan ke Lumut. Alhamdulillah...di Lumut, tidaklah terlalu sukar untuk mendapatkan penginapan. Suasana malam di Lumut, benar-benar menghiburkan. Suasana di Jeti 'hidup' dengan pelbagai ragam manusia. Kedai-kedai yang menjual hasil makanan laut juga dibuka 24jam.

cuti-cuti malaysia | lumut, perak

Selesai sarapan pagi, Mei 2, aku membeli sedikit tanda mata buat teman-teman. Tepat jam 10.00 pagi, aku meneruskan percutianku ke Tanah Tinggi Cameron. Jam 1.30 petang, aku selamat tiba di Cameron Highlands, dan di sini tidaklah sesukar di Perak untuk mendapatkan penginapan.
CCM | cameron highland
Erm...percutian ini benar-benar membuatkan aku berasa gembira dan sungguh tenang. Lupa aku seketika pada sekolah, bebanan tugas & hingar-bingar didalam kelas dengan suara jerit pekik murid-muridku. Ingin sahaja aku teruskan percutian untuk tempoh beberapa hari lagi...Namun, ku tahu ia adalah mustahil.

cameron highland

cameron highland | cool

Labels:


{♥}blogged by semara suci @ 4:56:00 PM{♥}




{♥}SELAMAT HARI PEKERJA{♥}
Friday, May 1, 2009

Kedinginan pagi ini membuatkan aku terasa begitu sukar untuk membuka mata. Oleh kerana hari ini, hari yang kutunggu-tunggu, hari cuti untuk para pekerja, akhirnya aku akur dengan tuntutan yang wajib aku laksanakan. Selesai menunaikan solat Subuh, aku duduk menghadap skrin komputer dan mula melayari alam maya. Argghhh!!!banyaknya emel yang belum kubaca. Erm...nak buat macam mana bila keadaan tidak mengizinkan untuk aku mengahabiskan masaku melayari internet.

Bulan ini aku sibuk memenuhi aktiviti-aktiviti sekolah setiap Sabtu (LADAP), raptai Hari Sukan selama seminggu dan menghadiri kursus PKJR untuk Tahun 2 di The Regency Hotel, Kuala Lumpur.

Oleh kerana hari ini hari cuti untuk mereka yang bekerja, aku juga ingin melayangkan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada semua tetamu blog ini.




{♥}blogged by semara suci @ 7:22:00 AM{♥}









pink heartME, MYSELF & I
♥ semara suci





pink heartWISHES
b happy with him

pink heartLOVE SONG



pink heartTHE PASTS

PENGHUJUNG PENGGAL
SEPETANG DI OLDTOWN
SEDEKAH.CINTA
PERTEMUAN
LEGA
HARI YANG MEMENATKAN
PEMBETULAN
AKAL
BOYS'RE STUPID, SOME MEN TOO
UPSR

pink heartHISTORIES
December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010


pink heartTAGBOARD


pink heartDARLINK
viewing

iman qistina
nanyrazaly
zanazanzaly
rozais al-anamy
noble art

pink heartMY LINK


pink heartVISITORS

pink heartTHANKS
Designer : peiyinqq--x33
Basecode : ----xDEAD
Background:egginess
Others : x o x o