Bersembang ketika menikmati sarapan pagi, adik perempuanku menyampaikan jemputan rumah terbuka rakan sepejabatnya sempena Krismas. Memikirkan bahawa hari ini aku tidak mempunyai apa-apa agenda, tepat jam 3.00 petang kami bertolak ke rumah rakannya itu. Kehadiran kami disambut dengan penuh hormat. Terharu aku melihat cara sambutan dan layanan mereka yang berlainan agama denganku. Dijamu dengan pelbagai jenis kuih-muih, kami turut dihidangkan dengan nasi beriani, ayam masak merah, kari kambing dan sayur campur.
Pulang dari rumah terbuka, kami meneruskan perjalanan ke rumah sepupuku yang baru menimang cahaya mata pertama. Sempat juga aku mendengar cerita pengalaman sepupuku melahirkan bayi lelakinya itu, yang diberi nama Aiman Saddiq. Segala cerita, pengalaman suka dukanya, aku kutip dan ku simpan sebagai panduanku kelak. Kecut perut juga aku rasa,mendengarkan cerita saat proses kelahiran itu berlaku. Erm...macam manalah agaknya gayaku nanti? Hehehe...Apa pun keadaannya dan bagaimana caranya, aku juga akan melaluinya dan menjadikannya satu pengalaman baru.
{♥}blogged by semara suci @ 9:54:00 PM{♥}