<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2110408497065885986\x26blogName\x3dsemara+suci\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://semarasuci.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://semarasuci.blogspot.com/\x26vt\x3d8475694285663902692', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
©Copyrighted
don't try to be funny!
want the codes please ask me :D





{♥}BOYS'RE STUPID, SOME MEN TOO{♥}
Tuesday, September 28, 2010

Kata-kata di atas aku ambil dari salah satu karya HLOVATE. Lewat kebelakangan ini, aku mula meminati penulisan HLOVATE setelah pertama kali aku diperkenalkan melalui karyanya yang berjudul Roof Top Rant.

Pada mulanya, aku hanya sekadar membaca petikan kata-kata di atas dalam salah satu karyanya, tapi hari ni aku mula mengakui ungkapan kata-kata ini ada benarnya. Lebih-lebih lagi dengan apa yang ku alami kini. Namun begitu, bukanlah semua lelaki boleh dilabel dengan ungkapan di atas. Aku tahu masih ada lelaki di luar sana yang punya nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri. Secara jujurnya, ungkapan ini adalah untuk lelaki-lelaki yang tidak tahu menghargai apa yang ada dalam hidup mereka. Pada perkiraanku, lelaki seperti ini hanya akan sedar sesuatu itu bernilai apabila mereka telah kehilangannya.

{♥}blogged by semara suci @ 8:47:00 PM{♥}




{♥}UPSR{♥}
Tuesday, September 21, 2010

Hari ni, peperiksaan UPSR berlangsung. Tahun ni juga aku tidak ditugaskan untuk mengawas UPSR di mana-mana sekolah. Alhamdulillah...taklah penat sangat. Duduk di sekolah pun ok jugak. Maklumlah...takde murid. Murid di cutikan secara bergilir-gilir bermula semalam.

Selama 4 hari ni juga, aku cuba manfaatkan sebaik mungkin untuk menyelesaikan segala permasalahan yang ada. Musibah yang kulalui benar-benar menduga jiwa, menyesak dada dan membataskan segala kerja. Adakala bingung aku dibuatnya. Apa pun aku bersyukur atas segala sokongan yang ku terima dari semua pihak.

{♥}blogged by semara suci @ 8:49:00 PM{♥}




{♥}NALURI{♥}
Monday, September 20, 2010

Ntah kenapa, bila berbicara tentang naluri, aku mula sebak dan kelu seribu bahasa. Bukan apa, pada aku naluri adalah satu rahmat yang patut disyukuri oleh semua insan, terutamanya wanita. Mengapa? Kerana hanya wanita yang dianugerahkan naluri yang cukup hebat yang mampu merungkai segala persoalan. Wanita dianugerahkan naluri sebagai seorang isteri dan sebagai seorang ibu. Dalam apa jua keadaan, aku kira siapa pun kita, seorang ibu dan seorang isteri janganlah cuba-cuba untuk dibohongi.

Sebagai seorang wanita, aku bersyukur kerana naluriku tidak pernah membohongiku. Segala apa yang ku rasa, aku selidik dengan mata hati. Alhamdulillah, ianya tidak pernah salah. Setiap kali naluriku berdetik, aku tahu aku pasti bakal diuji olehNYA. Dengan naluriku juga, aku cuba merungkai setiap permasalahan sebaik mungkin. Buat semua wanita di luar sana, andai kalian punya naluri, syukurilah rahmat itu. Gunakanlah sebaik mungkin. Berbicaralah denganNYA kerana DIA pasti memberi petunjuk dan penyelesaian yang terbaik.

{♥}blogged by semara suci @ 8:15:00 PM{♥}




{♥}CERITA 8 SYAWAL{♥}
Friday, September 17, 2010

Hari ni hari ketiga aku dan keluarga menjadi tetamu HTAR. Bermula Rabu kelmarin setelah adik lelakiku di tahan di wad, kami mula menjadi pengunjung setia. Setiap kali tiba waktu melawat tengah hari dan petang, sudah pasti kami akan terpacul di pintu wad 5B. Selain aku dan adik perempuanku,ibu juga turut sama. Puteriku Iman Qistina juga aku bawa ke hospital. Walaupun kanak-kanak tidak dibenarkan naik ke wad, Iman Qistina tetap aku bawa dan aku jaga di taman permainan. Seronok melihat keletah Iman yang ketawa terkekeh-kekeh bila aku duduk di buaian sambil meriba dia.

Malam, pulang dari HTAR, usai menunaikan solat mahgrib, aku dan suami membawa Iman berjalan raya pula. Kali ini kami membuat keputusan untuk menziarahi keluarga dan saudara-mara di Batu Belah. Ekoran seharian berjalan, Iman tertidur keletihan. Kesian dia...Takpe la,yang penting Iman dapat merasa suasana berhari raya.

{♥}blogged by semara suci @ 10:50:00 PM{♥}




{♥}SALAM AIDILFITRI{♥}
Saturday, September 11, 2010

salam lebaran 2010
Salam Aidilfitri buat semua keluarga dan teman, yang jauh mahupun dekat..Doaku, moga kehadiran Syawal kali ini memberi sejuta kebahagiaan buat kalian dan juga buatku dan puteriku, Iman Qistina. Tahun ni juga, merupakan tahun pertama aku menyambut Syawal sebagai seorang ibu. Teruja? Erm...dah tentu aku tidak mampu untuk membohongi perasaanku...aku amat teruja menanti kehadiran lebaran tahun ini. Segala persiapan aku lakukan sebaik mungkin. Segala keperluan Iman Qistina aku sediakan sedari awal lagi. Benar kata orang. Bila dah ada anak, segala-gala yang dilakukan adalah kerana anak. Setiap kali aku keluar 'shopping', pasti ada saja barang untuk Iman Qistina yang aku belikan. Akhirnya, baru aku perasaan yang aku tak beli apa-apa pun untuk diriku...


Mengambil kesempatan dengan kehadiran Syawal ini juga, aku menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran. Akur dengan lumrah kehidupan, aku juga hanyalah manusia biasa yang tak dapat lari dari melakukan kekhilafan. Sama ada ianya disedari atau tanpa disedari...

{♥}blogged by semara suci @ 7:31:00 AM{♥}









pink heartME, MYSELF & I
♥ semara suci





pink heartWISHES
b happy with him

pink heartLOVE SONG



pink heartTHE PASTS

PENGHUJUNG PENGGAL
SEPETANG DI OLDTOWN
SEDEKAH.CINTA
PERTEMUAN
LEGA
HARI YANG MEMENATKAN
PEMBETULAN
AKAL
BOYS'RE STUPID, SOME MEN TOO
UPSR

pink heartHISTORIES
December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010


pink heartTAGBOARD


pink heartDARLINK
viewing

iman qistina
nanyrazaly
zanazanzaly
rozais al-anamy
noble art

pink heartMY LINK


pink heartVISITORS

pink heartTHANKS
Designer : peiyinqq--x33
Basecode : ----xDEAD
Background:egginess
Others : x o x o