Siang tadi, tanggal September 26, aku dan keluargaku memilih destinasi Tanjung Karang sebagai tempat untuk kami meneruskan keriangan Syawal. Memulakan perjalanan seawal jam 10.00 pagi, rumah pertama kunjungan kami ialah di Kuala Selangor, rumah ibu saudara ayahku. Kemudian, kami ke rumah ibu tiri ayahku. (erm...kira-kira nenek tiriku ler...). Menjelang jam 1.00 tengah hari, kami tiba di rumah sepupu ayahku yang kami panggil Pak Ngah. Kalau orang lain berhari raya dengan menikmati biskut raya, di sini kami dijamu dengan sukun goreng yang dicicah dengan sambal tumis lala...sambil menjamu selera, pandangan mata tak lepas dari memerhatikan kehijauan sawah padi dan pelbagai jenis tanaman yang ada disekeliling rumah Pak Ngah, seperti serai, bunga kantan dan macam-macam jenis ulaman.
Melihat keadaan persekitaran, serasa tak sabar menanti kehadiran November. Kenapa??? Dah tentulah masa untuk pulang ke kampung ibuku pula di Kelantan. Meraikan Aidiladha di kampung ibu, telah lama aku rancangkan. Selain bercuti dan pulang berhari raya, aku ingin melepaskan segala penat lelahku yang asyik bekerja dan merehatkan minda dengan menghirup angin pantai. Tak lupa juga, untuk menikmati nasi ulam di Salor...
{♥}blogged by semara suci @ 1:18:00 AM{♥}