<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2110408497065885986\x26blogName\x3dsemara+suci\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://semarasuci.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://semarasuci.blogspot.com/\x26vt\x3d8475694285663902692', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
©Copyrighted
don't try to be funny!
want the codes please ask me :D





{♥}TANJUNG KARANG{♥}
Sunday, September 27, 2009

Siang tadi, tanggal September 26, aku dan keluargaku memilih destinasi Tanjung Karang sebagai tempat untuk kami meneruskan keriangan Syawal. Memulakan perjalanan seawal jam 10.00 pagi, rumah pertama kunjungan kami ialah di Kuala Selangor, rumah ibu saudara ayahku. Kemudian, kami ke rumah ibu tiri ayahku. (erm...kira-kira nenek tiriku ler...). Menjelang jam 1.00 tengah hari, kami tiba di rumah sepupu ayahku yang kami panggil Pak Ngah. Kalau orang lain berhari raya dengan menikmati biskut raya, di sini kami dijamu dengan sukun goreng yang dicicah dengan sambal tumis lala...sambil menjamu selera, pandangan mata tak lepas dari memerhatikan kehijauan sawah padi dan pelbagai jenis tanaman yang ada disekeliling rumah Pak Ngah, seperti serai, bunga kantan dan macam-macam jenis ulaman.

Melihat keadaan persekitaran, serasa tak sabar menanti kehadiran November. Kenapa??? Dah tentulah masa untuk pulang ke kampung ibuku pula di Kelantan. Meraikan Aidiladha di kampung ibu, telah lama aku rancangkan. Selain bercuti dan pulang berhari raya, aku ingin melepaskan segala penat lelahku yang asyik bekerja dan merehatkan minda dengan menghirup angin pantai. Tak lupa juga, untuk menikmati nasi ulam di Salor...




{♥}blogged by semara suci @ 1:18:00 AM{♥}




{♥}CERITA DUKA{♥}
Wednesday, September 23, 2009

Belum pun seminggu Syawal hadir, hidupku terus-terusan dirundung duka. Rasa-rasaku baru sahaja aku ingin bernafas dengan baik melepaskan lelah yang telah lama bermukim di hulu hati. Harapanku dengan kehadiran Syawal kali ini akan memberi sinar dan sejuta nafas baru dalam hidupku. Dengan hadirnya Syawal juga aku amat berharap agar segala resah dan gelisahku terbang di bawa angin lalu. Tapi... begitulah lumrah kehidupan. Aku hanya merancang, TUHAN yang menentukan segala-galanya. Aku akur dengan ujian ini. Lagipun yang buruk itu datangnya dari kita sebagai manusia...yang baik pula datangnya dari PENCIPTA.

Melihat dari sudut positif, aku sebenarnya boleh dikira amat bertuah. Ketika dugaan datang bertimpa-timpa, aku tidak keseorangan. Keluarga dan rakan sering menjadi peneman...Menghulurkan kata-kata semangat, nasihat dan turut sama berdoa agar musibah ini berakhir dengan segera. Memujuk hati yang rawan, aku memotivasikan mindaku dengan nasihat seorang rakan, "Segala yang kita ada didunia ini hanyalah pinjaman. Hari ini TUHAN bagi, esok lusa akan diambil semula. Begitu juga dengan rasa cinta dan kasih sesama manusia. Soal hati tidak boleh dipaksa. Hanya doa sahaja yang mampu menjadi tambatan mengukuhkan hati dan perasaan agar tak lapuk dek zaman"...

{♥}blogged by semara suci @ 11:47:00 PM{♥}




{♥}CERITA LEBARAN LAGI{♥}
Monday, September 21, 2009

Hari ini aku tidak ke mana-mana. Hanya berehat di rumah sambil membantu ibu menyediakan juadah sampingan sambil menanti ketibaan tetamu. Tambahan pula, aku dan adik perempuanku telah memulakan puasa enam pada hari ini. Lazimnya, setiap tahun, bila tibanya Syawal kami akan menyediakan beberapa jenis biskut raya dan kerepek. Dalam pada itu, ibu akan memasak apa sahaja menu sebagai juadah sampingan untuk dijamu kepada mana-mana tetamu yang berkunjung ke rumah. Jadi, di kira nasib siapa yang baik, dapatlah makan makanan yang sedap sikit daripada makan biskut kering jeee....heheheh...

{♥}blogged by semara suci @ 10:15:00 PM{♥}




{♥}SALAM LEBARAN{♥}
Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri aku ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Teristimewa buat kaum keluarga dan rakan taulan, tak kiralah yang dekat mahupun yang jauh di perantauan. Moga kehadiran Syawal kali ini mengeratkan lagi ukhwah sesama kita. Jari sepuluh ku susun, ampun maaf kupinta atas segala kekhilafan sama ada yang disedari atau tidak disedari.

{♥}blogged by semara suci @ 11:03:00 PM{♥}




{♥}MALAM RAYA{♥}
Saturday, September 19, 2009

Setiap tahun, malam raya begini memang malam yang amat kunantikan. Bermula petang sebelum Maghrib, pasti penuh di atas meja makan dengan nasi himpit, ketupat mahupun lontong yang disertakan dengan pelbagai jenis lauk-pauk. Memang sudah menjadi tradisi masyarakat di tempatku yang berketurunan Jawa, menghantar juadah ini pada petang terakhir Ramadhan ke rumah jiran tetangga. Istilah yang lazim digunakan ialah ''munjung''. Ada juga yang mula menghantar juadah seperti ini 3 atau 4 hari sebelum Syawal.
Apa pun, ia tetap berbeza bagi keluargaku. Malam selepas berbuka puasa, barulah ibuku akan memulakan kerja-kerja memasak nasi himpit, kuah kacang dan ayam masak merah. Segala awas dan rempah ratus sudah disediakan dari siang tadi. Aku dan adik perempuanku akan bergilir-gilir membantu ibu didapur. Kerja-kerja mengemas rumah pula, telah aku laksanakan pada waktu siang...Ketika entri ini ditulis, aku baru selesai menikmati lontong dan kauh lodeh pemberian jiranku...

{♥}blogged by semara suci @ 11:46:00 PM{♥}




{♥}SELAMAT PENGANTIN BARU{♥}
Wednesday, September 9, 2009

September 9, 2009 atau disebut juga 090909...Pada pandanganku, angka ini merupakan angka yang cantik dan tidak mustahil ramai yang menantikan akan kehadiran tarikh ini. Sama ada tarikh ini dipilih untuk meraikan majlis berbuka puasa, hari pertunangan mahupun hari pernikahan, ia tetap akan terus disimpan dalam lipatan kenangan.

Mengambil kesempatan sempena tarikh ini juga, aku ingin melayangkan upacapan 'Selamat Pengantin Baru' buat seorang 'kakak' yang sering kurujuki sebagai kaunselor peribadiku, yang telah melangsungkan pernikahan pada hari ini. Semoga ikatan yang telah dibina, kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan dilimpahi kasih dan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi.

{♥}blogged by semara suci @ 6:52:00 PM{♥}




{♥}UPSR{♥}
Tuesday, September 8, 2009

Untuk kali pertama dalam profesionku sebagai pendidik, hari ini aku mula bertugas mengawas peperiksaan UPSR di SK Rantau Panjang, Klang. Aku akan mengawas di sekolah ini selama 3 hari, bermula dari hari ini hingga hari khamis. Sekolah ini merupakan sekolah kedua yang mempunyai bilangan murid yang ramai dalam daerah Klang.

Doaku, semoga murid-murid sekolah ini berjaya meraih keputusan yang baik dan membanggakan serta mampu mengharumkan nama sekolah.

{♥}blogged by semara suci @ 9:30:00 PM{♥}




{♥}INTERVIEW OH INTERVIEW{♥}
Thursday, September 3, 2009

Hari ni tepat jam 7.15 pagi aku sudah pun berada diperkarangan bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menghadiri temuduga SPP bagi mengesahkan jawatan sebagai penjawat awam. Sebelum masuk ke bangunan itu, aku telah bertemu dua orang teman yang sama-sama menjalani praktikum tahun lalu di kawasan parkir kereta. Sempat juga kami bertukar cerita dan berkongsi maklumat mengenai perjalanan sesi temuduga ini. Punyalah banyak cerita sampai kecut perut aku...hehehe...

Setelah melalui beberapa proses pendaftaran dan penyemakan segala dokumen, akhirnya tepat jam 10.00 pagi tibalah giliranku untuk ditemuduga. Walaupun biliknya kecil dan berhawa dingin tapi ia sikit pun tidak menyamankan perasaanku dan menstabilkan resah hatiku. Huhu...Takut la katakan...Alhamdulillah, 15 minit didalam bilik kecil itu dan ditebak dengan pelbagai soalan, akhirnya tamat juga giliranku. Kini, doaku, agar temuduga yang telah kulalui membuahkan keputusan yang baik demi perkembangan kerjayaku.



{♥}blogged by semara suci @ 11:16:00 PM{♥}




{♥}DUGAAN{♥}
Wednesday, September 2, 2009

Hari ini merupakan hari kedua persekolahan, setelah bercuti selama satu minggu. Erm...sempat jugaklah aku menjalani ibadah berpuasa semasa cuti penggal tempoh hari. Apa pun sejak kembali ke sekolah semalam, aku merasakan sedikit tercabar dan keimananku teruji. Apa tidaknya, bayangkanlah...sudahlah aku berpuasa, menghadap pulak kaum yang tidak berpuasa, baik dewasa mahupun kanak-kanak, sama saja. Tak cukup dengan meneguk air, mereka dengan selamba je makan depan aku. Iskh...iskh..iskh...geram je aku tengok. Dalam pada sibuk menyampaikan ilmu, aku pujuk hatiku supaya terus bersabar dan berdoa agar imanku tetap utuh berhadapan dengan dugaan ini.

{♥}blogged by semara suci @ 10:23:00 PM{♥}









pink heartME, MYSELF & I
♥ semara suci





pink heartWISHES
b happy with him

pink heartLOVE SONG



pink heartTHE PASTS

PENGHUJUNG PENGGAL
SEPETANG DI OLDTOWN
SEDEKAH.CINTA
PERTEMUAN
LEGA
HARI YANG MEMENATKAN
PEMBETULAN
AKAL
BOYS'RE STUPID, SOME MEN TOO
UPSR

pink heartHISTORIES
December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010


pink heartTAGBOARD


pink heartDARLINK
viewing

iman qistina
nanyrazaly
zanazanzaly
rozais al-anamy
noble art

pink heartMY LINK


pink heartVISITORS

pink heartTHANKS
Designer : peiyinqq--x33
Basecode : ----xDEAD
Background:egginess
Others : x o x o