<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2110408497065885986\x26blogName\x3dsemara+suci\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://semarasuci.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://semarasuci.blogspot.com/\x26vt\x3d8475694285663902692', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
©Copyrighted
don't try to be funny!
want the codes please ask me :D





{♥}KISAH SEORANG TEMAN{♥}
Wednesday, March 17, 2010

Pulang dari menjalani rawatan mengandung di Klinik Kesihatan Meru, aku menerima panggilan dari seorang teman, yang ku kira sudah agak lama kami tidak bertemu mahupun berbual di talian. Jika dihitung tambah tolak, rasa-rasanya dalam tempoh hampir 3 tahun aku berkahwin selama itulah kami terputus hubungan.

Tidak dapat aku gambarkan bagaimana perasaanku ketika berbual dengan teman yang seorang ini. Dia ku kenali sejak zaman persekolahan dan sama-sama bergiat aktif dalam unit beruniform Pandu Puteri, merupakan antara teman yang rapat denganku. Memulakan perbualan kami, aku sudah dapat meneka ada sendu dalam bicaranya. Tanpa perlu menunggu lama, dia akhirnya membuat pengakuan dan membuka cerita akan status dirinya ketika ini. Terkedu aku seketika...Benarkah apa yang aku dengar? Kuulang semula butir bicaranya dan dia hanya menjawab 'ya' inilah keadaanku ketika ini. Air mataku juga sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Kami menangis bersama-sama di talian.

Selama hampir 3 tahun tidak berhubung, banyak cerita duka temanku yang tidak ku ketahui. Rupa-rupanya, perkahwinan yang dibina telah musnah hanya kerana dia disahkan menghidap sakit buah pinggang. Sudahlah dari usia 12 tahun lagi temanku itu menghidap sakit kencing manis dan terpaksa bergantung dengan suntikan insulin. Bila berkahwin. suami yang diharapkan untuk menjadi peneman suka duka, pelindung dan penawar, akhirnya menjadi manusia yang ku kira paling kejam. Menurut cerita temanku, beberapa bulan berkahwin, dia disahkan mengandung. Dalam tempoh mengandung itulah dia di katakan menghidap sakit buah pinggang. Selepas bersalin, dia terus mengikuti dialisis seminggu 3 kali. Ekoran kerap menjalani dialisis, dia diberhentikan kerja oleh majikannya kerana sering memohon cuti dan diceraikan oleh suaminya yang tidak sanggup melalui kepayahan itu bersama. Mujur, anak lelakinya tidak diambil oleh suaminya dan kini berada dalam jagaannya.

Usai perbualan kami, aku bercerita pada ibuku tentang nasib temanku itu. Kata ibu padaku, "kalau kita rasa hidup kita susah dan sering diuji dengan pelbagai musibah, tapi kita masih ada segala-galanya. Rasanya nasib temanku itu lebih teruk kerana dia ditimpa dua penyakit besar dan turut kehilangan pekerjaan". Memikirkan kata-kata ibuku itu, aku mula sedar dan bersyukur dengan apa yang ku miliki kini. Walaupun aku diuji dengan pelbagai ujian, aku sentiasa ada keluarga dan teman-teman terdekat yang tidak pernah jemu mendengar luahanku dan memeberi nasihat. Alhamdulillah, aku juga masih sihat dan mampu untuk bekerja. Kini, aku hanya mengharapkan aku akan terus mampu memberikan yang terbaik buat anakku. AMIN...

{♥}blogged by semara suci @ 6:05:00 PM{♥}









pink heartME, MYSELF & I
♥ semara suci





pink heartWISHES
b happy with him

pink heartLOVE SONG



pink heartTHE PASTS

PENGHUJUNG PENGGAL
SEPETANG DI OLDTOWN
SEDEKAH.CINTA
PERTEMUAN
LEGA
HARI YANG MEMENATKAN
PEMBETULAN
AKAL
BOYS'RE STUPID, SOME MEN TOO
UPSR

pink heartHISTORIES
December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010


pink heartTAGBOARD


pink heartDARLINK
viewing

iman qistina
nanyrazaly
zanazanzaly
rozais al-anamy
noble art

pink heartMY LINK


pink heartVISITORS

pink heartTHANKS
Designer : peiyinqq--x33
Basecode : ----xDEAD
Background:egginess
Others : x o x o