<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2110408497065885986\x26blogName\x3dsemara+suci\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://semarasuci.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://semarasuci.blogspot.com/\x26vt\x3d8475694285663902692', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
©Copyrighted
don't try to be funny!
want the codes please ask me :D





{♥}SEPI{♥}
Sunday, June 28, 2009

Suasana pagi yang hening, tanpa sebarang bunyi...Sunyi, senyap, sepi...Lazimnya keadaan seperti ini mendamaikan bagiku. Tapi, tidak lagi kini. Keheningan tidak lagi mendamaikan jiwaku. Sepi menjadi peneman. Sunyi dan senyap menjadi medan si cicak berlagu riang. Sedangkan aku, diulit seribu penyesalan dan didakap sejuta kesedihan dengan permasalahan demi permasalahan. Aku keliru, takut & kecewa jika hari-hari yang mendatang terus dihambat kesepian. Aku benci kesunyian...Aku marah kesenyapan, kerana senyap umpama kebisuan yang membunuh kebahagiaan. Kebisuan yang merencatkan segala proses bual bicara, akhirnya, akan mewujudkan ketegangan dan konfrantasi lalu melancarkan 'perang' yang mengoyak serta menghancurlumatkan sekeping hati.

Ingin kulayangkan secebis peringatan buat 'seseorang' di keheningan pagi ini, 'pecahkanlah' kebisuanmu kerana kau punya suara yang dianugerahkan oleh Pencipta. Bersuaralah!!!Kata-katamu akan menjadi penentu segala-galanya.


{♥}blogged by semara suci @ 2:53:00 AM{♥}




{♥}MALANG TAK BERBAU{♥}
Monday, June 22, 2009

Semalam, tanggal Jun 21, tepat jam 9.00 pagi, satu insiden yang tak disangka-sangka telah berlaku...Mujurlah, aku hanya mengalami cedera ringan. Tapi kesannya, baru hari ni betul-betul kurasakan. Aku jatuh ditandasss! Aduhhh, sakitnya hanya TUHAN yang tahu. Hari ini, baru aku terasa sedikit pening, sakit kepala dan bengkak di lengan kiri. Sudahlah, sakit kerana melakukan x-ray dalam perut pada minggu lepas masih terasa hingga kini, tambah pula dengan kejadian ini. Erm...nasib, nasib...

{♥}blogged by semara suci @ 9:45:00 PM{♥}




{♥}HAPPY ANNIVERSARY{♥}
Tuesday, June 16, 2009

Ulangtahun perkahwinan yang kedua, memberi sejuta nafas baru dalam hidupku. Dua tahun yang lalu pada tarikh yang sama, tepat jam 11.30 pagi aku selamat disatukan dengan teman hidupku. Doa dan harapanku, semoga kebahagiaan ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat. Semoga ikatan ini terus mendapat keredhaan Yang Maha Esa...Dilimpahi rezeki dan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi.

{♥}blogged by semara suci @ 10:19:00 PM{♥}




{♥}KEMBALI KE SEKOLAH{♥}
Monday, June 15, 2009

Kembali ke sekolah hari ini, mindaku sarat dengan pelbagai perkara. Dalam hatiku sudah berkira-kira, bahawa hari ini sudah pasti aku akan dihujani pelbagai soalan mengenai status permohonan pertukaran yang telah kubuat. Tepat, seperti yang telah kujangkakan, belum pun sempat aku duduk di kerusi yang telah 2 minggu aku tinggalkan, aku didatangi seorang demi seorang rakan sejawat. Soalan demi soalan diajukan padaku. Apapun, aku hanya memberikan jawapan yang lebih kurang sahaja, kerana sememangnya tumpuanku adalah pada keadaan mejaku yang berselerakan.

Sangkaku, segala-galanya telah berakhir, tapi...tidak. Semasa di dalam dewan ketika perhimpunan rasmi berlangsung, aku turut menjadi tumpuan sehinggalah perhimpunan berakhir dan kami kembali semula ke bilik guru...Ya, ALLAH! Ingin sahaja aku menangis di situ dan menjerit mengatakan, "Inilah antara perkara yang membuatkan aku tidak betah berada di sini". Apa tidaknya, saat aku mengisi borang pertukaran, sangkaku ia adalah rahsia. Tetapi tidak rupanya...Siapa yang bermulut 'tempayan', hanya TUHAN yang tahu.

Ketika aku merenung kejauhan, hati kecilku berlagu sendu..."Semoga matahari akan terus bersinar terang, memberi aku sejalur cahaya pengharapan. Moga sinarnya mampu membangkitkan semangatku mengutip sisa-sisa kekuatan. Aku tahu tiada siapa yang boleh membantu aku ketika ini, hanya doa yang menjadi medium antara aku dan Yang Esa"...Moga doaku termakbul jua suatu ketika nanti. AMIN...

{♥}blogged by semara suci @ 10:02:00 PM{♥}




{♥}NO TITLE{♥}
Sunday, June 14, 2009

Hari ini merupakan hari terakhir cuti sekolah. Setelah bercuti selama 2 minggu, esok aku akan kembali meneruskan tugas hakiki yang telah diamanahkan...Erm, apalah agaknya khabar kawan-kawanku yang mengajar di seberang Laut China Selatan? Tentu mereka telah 'terbang' ke tempat mereka ditugaskan.

Bermulanya sesi persekolahan penggal kedua ini, bermakna aku akan terus diulit dengan seribu satu perasaan. Maklumlah, penggal kedua selalunya menuntut lebih pengorbanan, penyediaan kertas soalan yang lebih mencabar dan proses penyampaian ilmu yang lebih teratur.

Semoga penggal kedua ini juga memberi aku kemanisan yang tidak terhingga dan dilimpahi rahmat TUHAN, agar aku terus berdiri dengan yakin. Doaku jua, moga ketabahan menjadi milikku.

{♥}blogged by semara suci @ 6:39:00 PM{♥}




{♥}HAPPY BIRTHDAY, DEAR{♥}
Friday, June 12, 2009

Hari ini merupakan hari lahir teman hidupku...Selamat Hari Lahir yang ke 29...Semoga panjang umur, murah rezeki dan semoga kehidupanmu sentiasa diberkati Ilahi. Doaku juga, moga hari ini akan menjadi titik permulaan dalam melakar kebahagiaan yang diimpikan.

{♥}blogged by semara suci @ 7:24:00 PM{♥}




{♥}SEDIH + KECEWA{♥}
Wednesday, June 10, 2009

Perasaanku bercampur baur ketika ini. Hanya TUHAN yang tahu apa yang kurasakan. Sedih, marah, kecewa menjadi satu. Tepat jam 3.00 petang tadi, aku tiba di perkarangan JPN, niat di hati ingin menyemak status permohonan pertukaran sekolah yang kubuat, kira-kira 2 bulan lepas. Namun, jawapan yang kuterima benar-benar menduga kesabaranku. Aku harus berurusan dengan pihak PPD kerana permohonanku hanya untuk pertukaran dalam daerah sahaja.

Jam 3.45 petang, aku tiba di PPD, hampir setengah jam menanti pegawai yang perlu untuk berurusan, akhirnya aku menerima jawapan bahawa permohonanku tidak berjaya. Bergenang air mataku, suaraku sudah mula serak kerana menahan tangis. Aku segera beredar ke kereta, kerana aku tidak mahu ada yang melihat air mataku tumpah untuk kesekian kali.

Bagi meredakan perasaan yang berkecamuk, aku segera menghubungi Kak Nura. Berkongsi segala cerita yang ku kira boleh diklasifikasikan sebagai kisah duka. Mujurlah Kak Nura begitu memahami kerana dia juga turut menerima nasib sepertiku. Mengambil kira segala nasihat dan kata-katanya, aku akur ini semua adalah kerja TUHAN. Sebagai hambaNYA, aku hanya mampu merancang...DIAlah yang akan menentukan...

{♥}blogged by semara suci @ 7:07:00 PM{♥}




{♥}KERETA OH KERETA{♥}
Monday, June 8, 2009

Yeah....akhirnya siap juga keretaku. Hari ni, keretaku boleh di ambil keluar dari bengkel. Hampir dua minggu aku menggunakan kereta ayahku, setelah keretaku mengalami kerosakan yang teruk ekoran kemalangan pada Mei 23 jam 8.00 malam. Selain membaik pulih beberapa kerosakan, aku turut mengecat semula keretaku.

{♥}blogged by semara suci @ 10:51:00 AM{♥}









pink heartME, MYSELF & I
♥ semara suci





pink heartWISHES
b happy with him

pink heartLOVE SONG



pink heartTHE PASTS

PENGHUJUNG PENGGAL
SEPETANG DI OLDTOWN
SEDEKAH.CINTA
PERTEMUAN
LEGA
HARI YANG MEMENATKAN
PEMBETULAN
AKAL
BOYS'RE STUPID, SOME MEN TOO
UPSR

pink heartHISTORIES
December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010


pink heartTAGBOARD


pink heartDARLINK
viewing

iman qistina
nanyrazaly
zanazanzaly
rozais al-anamy
noble art

pink heartMY LINK


pink heartVISITORS

pink heartTHANKS
Designer : peiyinqq--x33
Basecode : ----xDEAD
Background:egginess
Others : x o x o