<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2110408497065885986\x26blogName\x3dsemara+suci\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://semarasuci.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://semarasuci.blogspot.com/\x26vt\x3d8475694285663902692', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
©Copyrighted
don't try to be funny!
want the codes please ask me :D





{♥}MENJADI SATU{♥}
Monday, March 30, 2009

Photobucket
Akhir-akhir ini, hari-hari yang kulalui benar-benar menyesakkan fikiran. Bingung, buntu, sedih, kecewa & marah menjadi satu. Hingga adakalanya memaksa aku mengasingkan diri dari semua orang dan menjadikan aku seorang yang pesimis. Tapi bila memikirkan semula kata-kata seorang sepupuku, bahawa ini semua adalah ujian ALLAH. Aku sedar dan redha kerna aku tahu TUHAN suka menguji hamba-hambaNYA yang sabar. Doaku, biar sebesar mana pun ujian yang kuterima, bagaimana sukarnya mengharungi ujian itu dan berapa lama harus kutempuhinya, aku mohon agar sentiasa tetapkan iman di hatiku, agar ketabahan menjadi milikku.

Photobucket



KU MOHON | SHEILA MAJID

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya

Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari-Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan-Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat-Mu pada hidupku

{♥}blogged by semara suci @ 4:22:00 PM{♥}




{♥}CINTA{♥}
Saturday, March 21, 2009

Photobucket
Cinta tidak boleh dilihat dengan mata,
Cinta tidak boleh didengar oleh telinga,
Cinta tidak boleh disentuh oleh tangan,
Cinta hanya boleh dirasakan oleh hati...
Seperti hatiku yang merasakan kehadiranmu.

Photobucket

{♥}blogged by semara suci @ 12:28:00 AM{♥}




{♥}BENEFITS OF SMILE{♥}
Thursday, March 19, 2009

Image Hosting by Picoodle.com
Smile shows friendship
Smile makes new friends
Smile makes other people's day brighter
Smile improves ur day
Smile looks better than a frown
Smile puts others at ease
Smile always enjoyable to give and receive
Smile leaves favorable impressions
Smile makes u look happy, confident and self-assured
Smile could be the start of a lifetime relationship!
So, dear friend...Never leave the smile from ur face!!
Keep smiling...

Have a Nice Day...

Image and video hosting by TinyPic

{♥}blogged by semara suci @ 12:58:00 PM{♥}




{♥}PAGI YANG INDAH{♥}
Saturday, March 7, 2009

Photobucket
Pagi Sabtu yang indah, setelah bumi dibasahi hujan sekitar jam 12.30 pagi. Terasa begitu mendamaikan jiwa. Terjaga dari tidur, setelah menunaikan solat subuh, aku bermalas-malasan di ruang tamu, menonton sinetron Indonesia di saluran ASTRO Aruna. Sambil menonton tv aku menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh ibu. Sungguh aku rasakan...Aku benar-benar keletihan. Beginilah keadaanku setiap hari Sabtu jika tidak bersekolah. Segala penat lelah selama lima hari persekolahan, akan terasa kesannya pada hari Sabtu. Tambahan pula, minggu ini merupakan minggu ujian. Selain itu, aku juga terpaksa menghadiri mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Daerah Klang di SK Meru 2, Kampung Budiman, Meru.

Menurut kata Ketua Panitia Bahasa Melayu sekolahku, bulan Mac merupakan bulan yang penuh dengan mesyuarat, sama ada peringkat Zon mahupun Daerah. Mendengarkan kata-kata beliau, terdetik di hatiku, mungkin inilah permulaan perjalanan tugasku sebagai guru. Bukan sahaja mendidik tetapi turut bertindak sebagai perancang aktiviti-aktiviti perkembangan Bahasa Melayu.

{♥}blogged by semara suci @ 9:23:00 AM{♥}




{♥}KABAR DARI TEMAN{♥}
Monday, March 2, 2009

Hari ini, semasa di sekolah, jam 10.00 pagi ketika aku sedang bertugas di dewan,mengawasi murid tahap 2 yang sedang menikmati waktu rehat mereka, aku menerima satu mesej. Mesej yang membuatkan fikiranku sesak dan perasaanku benar-benar hiba. Terus terang, aku juga tertekan. Mesej dari teman seperjuanganku. Walaupun kami berlainan sekolah, tetapi hubungan antara kami tidak pernah putus. Dia memberi perkhabaran, bahawa ada antara rakan kami yang sama-sama ditempatkan di sekolah Cina, kini telah pun mendapat pertukaran ke SK.

Bagaikan dihempap batu besar ke atas kepalaku. Terasa berpusing semua yang ada disekeliling.
Mungkin inilah yang dikatakan sebagai tuah...Kak Fien benar-benar bertuah...Akhirnya dapat melepaskan diri dari SJK (C). Oh, TUHAN! Tabahkanlah hatiku dalam menelusuri hari-hari yang akan datang.

Buat Kak Zura, Kak Ann dan Kak Tini,sama-samalah kita berdoa...semoga suatu hari nanti akan ada ruang & peluang untuk kita membuat pertukaran.

{♥}blogged by semara suci @ 3:40:00 PM{♥}









pink heartME, MYSELF & I
♥ semara suci





pink heartWISHES
b happy with him

pink heartLOVE SONG



pink heartTHE PASTS

PENGHUJUNG PENGGAL
SEPETANG DI OLDTOWN
SEDEKAH.CINTA
PERTEMUAN
LEGA
HARI YANG MEMENATKAN
PEMBETULAN
AKAL
BOYS'RE STUPID, SOME MEN TOO
UPSR

pink heartHISTORIES
December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010


pink heartTAGBOARD


pink heartDARLINK
viewing

iman qistina
nanyrazaly
zanazanzaly
rozais al-anamy
noble art

pink heartMY LINK


pink heartVISITORS

pink heartTHANKS
Designer : peiyinqq--x33
Basecode : ----xDEAD
Background:egginess
Others : x o x o