Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Salam AidilAdha kepada semua rakan taulan dan pengunjung blog ini. Ntah kenapa malam ini, aku tiba-tiba teringat pada seorang teman. Lazimnya, menjelang perayaan, dia pasti menghubungiku ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Tapi tidak bagi perayaan kali ini. Jam 9.30 malam aku mengambil keputusan untuk menghubunginya. Teman yang lebih senang aku panggil 'rakan sebaya'.Kenapa dia dipanggil rakan sebaya? Tentulah kerana umurnya sama dengan umurku. Kami juga belajar di universiti yang sama, tapi tidak pernah bersua, akhirnya LHDN Shah Alam yang menemukan kami.
Setelah bertukar salam dan bertanya khabar, barulah aku ketahui mengapa dia tidak menghubungiku di malam raya. Lama kami berbual di telefon. Bercerita tentang pelbagai perkara termasuklah keadaan aku, kondisi kesihatanku yang tidak menentu, kacau jiwaku dan tentang pahit pilu perasaanku. Tiba-tiba terluah dari mulutnya, "aku kesian pada kau. Mendengar cerita kau, membaca kisah kau di blog tentang kehidupan yang sentiasa dihujani ujian demi ujian, kau tak ubah bagaikan Nur Amina.
Tersentak aku mendengar kata-kata yang terbit dari mulutnya. Terkesima aku seketika. Nur Amina? Mampukah aku menjadi setabah Nur Amina? Setiap minggu aku tidak pernah melepaskan peluang menonton drama NUR KASIH yang membawakan kisah antara Nur Amina dan suaminya yang bernama Adam. Persoalan kasih sayang, cinta yang didasari batas keagamaan menjadi tema cerita ini. Tetapi, mampukah aku menjadi wanita yang setabah dan secekal Nur Amina dalam melayari kehidupan ini? Jika kesudahannya Nur Amina berjaya mendapatkan cinta sejatinya, adakah aku juga begitu? Hanya TUHAN yang punya jawapannya. Sebagai hambaNYA aku REDHA atas segala-galanya.
{♥}blogged by semara suci @ 11:09:00 PM{♥}