Hari ni genap seminggu aku keluar dari hospital. Ini bererti telah seminggu juga CBD (Keteter) ini menjadi peneman setiaku. Hanya TUHAN yang tahu bagaimana resah gelisahnya jiwaku saat ini. Segala-galanya terbatas. Duniaku seakan terhad. Segala ruang yang ada begitu sempit aku rasakan. Manakan tidak, selain terbaring, aku hanya boleh duduk untuk tempoh masa yang pendek. Rasa sakit pasti menyerang bila aku duduk berlama-lama. Posisi berbaring juga terbatas.
Jalan-jalan??? Aku cuba juga untuk berjalan, tapi hanya sekitar dalam rumah dan luar rumah sahaja. Untuk bersuka ria seperti kelazimannya sama ada menonton wayang, mencuci mata di pusat beli-belah mahupun melepak di kopitiam, kini terpaksa aku tinggalkan seketika. Bukan apa, berjalan-jalan bererti aku perlu membawa keteter ini bersama. Ya ALLAH, beri aku ketabahan mengharungi ujianMU.
Seumur hidupku, inilah kami pertama aku menjadi penghuni hospital. Tiga hari dua malam di hospital, menjadikan aku hilang arah. Tak makan, tak minum, menangis dan terus menangis. Mujur sepupuku dan kawan-kawan sering menghantar sms kata-kata nasihat dan semangat dan mengingatkan aku bahawa ujian ini harus aku lalui dengan redha...Terima kasih atas keprihatinan kalian. Tak lupa juga buat adikku Ira, terima kasih untuk buku motivasi yang dihadiahkan kepadaku. Buku itu amat bererti buatku.
{♥}blogged by semara suci @ 11:38:00 AM{♥}