Memenuhi masa senggang yang ada sambil merungkai fikiran yang semakin kusut akhir-akhir ni, di tambah pulak esok merupakan cuti Deepavali,aku ajak adik-adikku berlibur di Jaya Jusco. Bukan apa, memandangkan adik lelakiku memerlukan seluar slack untuk dipakai menghadiri kem motivasi hujung minggu ini, maka ku kira sambil menemaninya membeli pakaian, boleh juga aku meredakan ketengangan fikiran yang semakin menjadi-jadi lewat kebelakangan ini. Kebetulan, firma tempat adik perempuanku bekerja juga di tutup awal kerana rata-rata pekerja firma itu adalah India.
Berjalan-jalan, melihat telatah orang ramai dan akhirnya melepaskan lelah membasahi tekak di OLDTOWN KOPTIAM. Antara kopitiam yang sering menjadi pilihan kami.