Ntah kenapa, bila berbicara tentang naluri, aku mula sebak dan kelu seribu bahasa. Bukan apa, pada aku naluri adalah satu rahmat yang patut disyukuri oleh semua insan, terutamanya wanita. Mengapa? Kerana hanya wanita yang dianugerahkan naluri yang cukup hebat yang mampu merungkai segala persoalan. Wanita dianugerahkan naluri sebagai seorang isteri dan sebagai seorang ibu. Dalam apa jua keadaan, aku kira siapa pun kita, seorang ibu dan seorang isteri janganlah cuba-cuba untuk dibohongi.
Sebagai seorang wanita, aku bersyukur kerana naluriku tidak pernah membohongiku. Segala apa yang ku rasa, aku selidik dengan mata hati. Alhamdulillah, ianya tidak pernah salah. Setiap kali naluriku berdetik, aku tahu aku pasti bakal diuji olehNYA. Dengan naluriku juga, aku cuba merungkai setiap permasalahan sebaik mungkin. Buat semua wanita di luar sana, andai kalian punya naluri, syukurilah rahmat itu. Gunakanlah sebaik mungkin. Berbicaralah denganNYA kerana DIA pasti memberi petunjuk dan penyelesaian yang terbaik.
{♥}blogged by semara suci @ 8:15:00 PM{♥}