Seharian penat di sekolah. Dari pagi menjelang tengah hari, raptai penuh sempena Majlis Kesyukuran malam ini dijalankan. Walaupun tidak terlibat sepenuhnya, tapi keletihan tetap bertamu dalam diri. Manakan tidak, serak suara aku kerana sehabis daya melawan hingar yang datang dari dewan sekolah semata-mata untuk menyampaikan ilmu kepada murid-muridku.
Pulang dari sekolah, aku menggagahi diri ke 'car wash'. Hampir sebulan keretaku tidak di bersihkan. Ntah apa rupanya aku pun tak dapat nak huraikan. Yang nyata, memang kotor giler. Pada mulanya, hanya aku seorang pelanggan di 'car wash'. Kemudian datang sebuah kereta lagi. Tengok pada kereta mewahnya, dapatlah aku simpulkan bahawa yang datang ni, bukanlah calang-calang orang. Memulakan perbualan, wanita berusia lingkungan 40 an ni yang menyapaku dulu. Dari sekadar berbasi-basi, lama-kelamaan perbualan kami semakin rancak. Ternyata sangkaanku benar, wanita ini merupakan orang berada dan sering mengunjungi 'car wash' ini. Dari mulut pemilik 'car wash' tau la aku bahawa wanita ini isteri kepada jurutera PETRONAS dan memiliki 3 buah kereta.
Pada pandangan aku, wanita ini walaupun berada tapi dia seorang yang merendah diri. Cara dia menuturkan kata-kata nampak berhemah dan dilandasi nilai keagamaan. Mengetahui aku seorang guru, dia turut bercerita tentang perkembangan pendidikan anak-anaknya padaku. Dalam pada berbual tentang anak-anak, dia turut bertanya tentang diriku. Tanpa aku duga, dia kemudian membuka cerita tentang alam rumah tangga. Tanpa berselindung, katanya dia sudah berumah tangga 22 tahun lamanya. Dalam sesebuah perkahwinan, 6 bulan yang pertama, 3 tahun pertama dan 5 tahun perkahwinan pasti di lambung badai. Ujian demi ujian singgah tanpa menyapa. Segalanya atas diri kita dan pasangan, bagaimana ingin mengatasi dugaan itu dan menyelesaikan segala permasalahan dengan bijak. Katanya lagi, rumah tangga dia sendiri pun tak lepas dari gelora. Tambahan pula suaminya berkerja di luar negara. Dua atau tiga bulan sekali baru pulang ke Malaysia. Sekali pulang hanya untuk 2,3 minggu sahaja. Segala urusan rumah dan anak-anak terletak atas bahunya. Dialah ibu, dialah ayah...Untuk menghilangkan kebosanan dan mengelakkan diri dari memikirkan suami yang jauh, dia sering ke masjid untuk berjemaah. Setiap hujung minggu pula, dia mengikuti kelas Bahasa Arab.
Meneruskan perbualan, wanita ini turut menyatakan yang lelaki adalah makhluk TUHAN yang penuh misteri. Sesetia mana pun mereka, tidak semua perkara akan mereka kongsikan dengan pasangan hidup mereka. Lelaki tidak seperti kaum wanita. Seorang wanita, apabila berkongsi hidup dengan lelaki, suamilah segala-galanya.Betulkah begitu???Terkedu aku seketika...Terdetik dalam hati, TUHAN di saat aku sendiri dan kebingungan, KAU hadirkan insan ini. Walaupun aku tidak mengenali siapa dia, tetapi segala kata-kata yang terbit dari mulutnya membuatkan aku berfikir, apa pun yang terjadi kehidupan perlu diteruskan. Mungkin aku juga perlu menyibukkan diri supaya aku dapat melupakan 'dia' yang tak pernah sekalipun mengingati aku dan Iman.
{♥}blogged by semara suci @ 5:24:00 PM{♥}