Erm...pejam celik, pejam celik...rupa-rupanya dah 60 hari aku bercuti. Jika dihitung tambah tolak, aku sebenarnya dah bercuti hampir 3 bulan lamanya termasuklah dengan cuti sekolah selama 2 minggu pada awal Jun yang lalu. Hari ni, aku menjejakkan semula kaki ke Soo Jin. Kembali ke Soo Jin bermakna aku akan menyinsing lengan membuka langkah untuk berpencak di tengah gelanggang menyampaikan ilmu yang tak pernah habis kepada murid-muridku. Dalam erti kata lain, bersiap sedia juga laa untuk mendapat sakit kepala yang bukan kepalang. Kenapa? Kerana murid-muridku punya karenah yang adakalanya mampu mengoyakkan kesabaranku yang senipis kulit bawang ni...dalam pada itu, selama aku bercuti, tidak ada sorang pun guru ganti yang bertahan lama untuk menggantikan tempatku dan mengambil alih tugas-tugasku. Masuk sahaja ke bilik guru, mataku terus ku arah pada meja tempat dudukku...Nasib...nasib...tak nampak meja langsung...penuh dengan kerja-kerja tertangguh yang menuntut perhatianku.
{♥}blogged by semara suci @ 11:08:00 PM{♥}