
Ramadhan ketiga, aku lalui seperti lazimnya. Usai mengendalikan puteriku Iman Qistina dan menyudahkan kerja-kerja rumah, aku mula berkira-kira untuk menyediakan pencuci mulut sebagai juadah berbuka. Setelah berfikir dan berbincang dengan ibuku, kami sepakat untuk mencuba resepi yang diberikan oleh temanku, Akma. Kata Akma, pencuci mulut ini dia berikan nama sebagai Puding Mak Datin...Kenapa nama sebegitu??? Entahlah...aku sendiri kurang pasti...Yang penting walau apa pun nama puding ni, aku dan adikku tetap menerima nama yang diberikan oleh Akma kerana sinonim dengan dirinya...Hahaha...Jangan marah ye mak buyung...Sebab gayamu macam datinlah maka ku kira nama puding ini bertepatan dengan sifu yang selalu mengajar aku berkaitan hal masakan...
{♥}blogged by semara suci @ 1:20:00 AM{♥}