Semalam tanggal Ogos,25 genap usiaku 29 tahun. Hari lahirku juga bersamaan dengan Hari Wanita Sedunia. Rasanya belum terlewat untuk aku mengungkapkan ucapan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di dunia ini lebih-lebih lagi mereka yang banyak memberi makna dalam hidupku. Menjadi seorang wanita juga satu anugerah buatku...Sebagai wanita aku bangga kerana kini aku telah menjadi seorang isteri dan ibu. Satu rasa yang ku kira tidak ada dalam diri mana-mana lelaki kerana lelaki juga hadir dari rahim seorang wanita, walau seburuk-buruk mana wanita itu dan sejahat mana sekalipun seseorang wanita itu.
Seperti kebiasaan...hari lahir aku tahun ini sama dengan tahun-tahun sebelumnya, ucapan hari lahir yang kuterima berserta doa dari mereka yang melafazkannya amat bermakna buatku walaupun aku amat mengharapkan 'sesuatu' dari seseorang. Tahun ni juga, hari lahir yang pertama aku raikan dengan puteriku Iman Qistina. Hanya satu doaku, moga kebahagiaan akan menyinari kehidupan aku dan Iman Qistina.
{♥}blogged by semara suci @ 11:33:00 PM{♥}