Selamat Hari Guru buat semua rakan warga pendidik. Semoga tabah melalui liku kehidupan yang penuh pahit getir demi sebuah amanat yang tergalas di bahu dalam usaha mencurah segala ilmu buat anak bangsa.
Bersempena sambutan Hari Guru ini juga, sekolah aku turut meraikannya. Selain ucapan Guru Besar dan bacaan perutusan, persembahan guru-guru dan murid turut diadakan. Antara persembahan guru ialah nyanyian dari guru-guru Melayu. Nasib baiklah aku tengah sarat mengandung, maka guru-guru lelaki Melayu tu kecualikan aku dan Syuhada dari membuat persembahan. Erm...kalau la aku tak mengandung, mau pengsan aku kat atas pentas tu kerana di suruh menyanyi.Hahahaha...
Apa pun, aku tak pernah lupa untuk memanjatkan doa pada Ilahi supaya memberikan aku kekuatan,ketabahan dan kesabaran semasa berhadapan dengan karenah muridku yang pelbagai.
{♥}blogged by semara suci @ 10:12:00 PM{♥}