Hari ni, pagi-pagi lagi aku sudah ke sekolah kerana sekolah aku mengadakan Hari Sukan. Memandangkan keadaanku ketika ini yang sudah pun hampir masuk 8 bulan, aku tidak diberikan tugas yang berat-berat. Tugasanku hanyalah menjadi penyambut tetamu dan memastikan kantin telah menyediakan makanan jamuan untuk ibu bapa murid.
Pulang dari sekolah, aku keluar dengan ibu dan adik perempuanku. Niat dihati ingin mencari kek sempena hari lahir abahku, oleh kerana terlalu lama berjalan-jalan di Plaza Alam Sentral Shah Alam, kami tidak dapat kek yang dikehendaki dengan selera. Akhirnya kami memilih untuk membeli saja kek yang sudah dipotong kecil dan beberapa jenis roti yang abahku gemari. Apapun, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 56 buat beliau. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
{♥}blogged by semara suci @ 10:18:00 PM{♥}