Februari 14 datang lagi. Sama ada ia dinanti atau tidak, ia tetap akan hadir dan kita juga akan melaluinya. Sinonim dengan tanggal 14 ini, ia dikatakan sebagai tarikh memperingati orang yang tersayang atau lebih tepat lagi untuk meraikan insan yang bergelar kekasih. Namun, dalam budaya masyarakat Melayu, Hari Kekasih ini tidak digalakkan untuk di sambut.Walaupun apa pun versi mengapa orang Islam tidak sepatutnya menyambut Hari Kekasih, aku tetap meraikannya sebagai tanda aku amat menghargai mereka yang sentiasa berada di sisi saat aku susah dan senang. Sewajarnya setiap hari yang dilalui perlu dipenuhi dengan kasih sayang. Apalah ertinya hidup ini jika tidak disirami dengan rasa kasih dan sayang. Sedangkan penyakit juga akan mudah sembuh sekiranya orang yang sedang dalam kesakitan diberikan kasih sayang dan sentiasa hidup dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Apapun, aku mengambil kesempatan ini untuk menyatakan betapa aku amat menyayangi mereka yang bermakna dalam hidupku. Terima kasih atas kasih sayang yang kalian berikan.
{♥}blogged by semara suci @ 10:56:00 PM{♥}