Mesyuarat...mesyuarat...mesyuarat...Inilah mesyuarat pertama untuk tahun ini. Tepat jam 8.00 pagi aku tiba di sekolah untuk menghadiri mesyuarat pertama yang akan menentukan kelas apakah yang bakal aku ajar dan apakah tugas-tugas aku untuk tahun ini. Macam biasa...sekolah aku ni kalau buat mesyuarat tak makan masa 4 hingga 5 jam memang tak sah. Apa taknya, kalau lebih banyak berbual kosong dari terus menyatakan inti pati mesyuarat.
Alhamdulillah...tepat jam 12.30 tengah hari, akhirnya mesyuarat ini berakhir juga. Tugas-tugas aku untuk tahun ni juga sedikit berkurangan. Kelas-kelas yang bakal aku ajar juga, adalah kelas-kelas biasa. Kelas-kelas pertengahan...Ok la tu. Kurang sikit tension aku. Hehehe...hopefully.
Jadi sekarang, aku hanya menanti kehadiran Januari 4 untuk aku memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tahun 2010 ini.
{♥}blogged by semara suci @ 11:34:00 PM{♥}