Dalam kehidupan perubahan adakala perlu dilakukan. Sama ada berubah demi seseorang, berubah bagi mendekatkan diri kita dengan orang lain,yang mungkin selama ini terasa jauh dan sukar untuk didekati ataupun berubah untuk diri sendiri, bagi meningkatkan nilai-nilai positif. Apa pun tujuan perubahan itu dilakukan, ia tetap berpaksi di atas satu niat, iaitu berubah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik.
Begitu juga aku...Jika selama ini aku sering diingatkan oleh orang-orang yang terdekat denganku supaya melakukan perubahan dalam kehidupan itu perlu, aku tetap memandang sepi dan membiarkannya berlalu begitu sahaja. Sehinggalah baru-baru ini, setelah aku melalui satu keadaan yang membuatkan aku hampir-hampir tersasar, aku mula tersedar, bahawa perubahan perlu dilakukan. Mengambil kira segala nasihat dan panduan yang diberikan oleh orang-orang yang terdekat denganku, aku belajar memaafkan orang-orang yang pernah melakukan kesalahan padaku, aku buang segala rasa syak wasangka dalam diri serta aku belajar redha dan pasrah atas segala ketentuan ALLAH.
Alhamdulillah...akhirnya aku beroleh ketenangan dalam kehidupan. Buat insan-insan tersayang yang sentiasa di sisi ketika aku dilanda musibah, terima kasih kerana doa, nasihat dan panduan yang kalian berikan, menjadikan aku lebih berkeyakinan dalam menyusuri hari-hari yang mendatang.
{♥}blogged by semara suci @ 5:53:00 PM{♥}