<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2110408497065885986\x26blogName\x3dsemara+suci\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://semarasuci.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://semarasuci.blogspot.com/\x26vt\x3d8475694285663902692', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
©Copyrighted
don't try to be funny!
want the codes please ask me :D





{♥}PENGHUJUNG PENGGAL{♥}
Tuesday, November 16, 2010

Hari akhir sekolah, masih hari yang memenatkan. Manakan tidak, sepatutnya lusa masih merupakan hari persekolahan. Bagaimanapun, memandangkan esok adalah Hari Raya Aidiladha, maka sekolah akan terus bercuti hingga ke akhir tahun. Segala agenda sekolah yang telah di atur untuk hari Khamis dan Jumaat terpaksa dijalankan semalam dan hari ini. 

Hari ini juga merupakan hari penyampaian hadiah bagi murid-murid yang cemerlang dalam keputusan ujian dan semua aktiviti sekolah sepanjang tahun. Aku pula dan beberapa orang guru lain sibuk menyiapkan CETREE untuk digunapakai bagi sesi P&P tahun 2011 nanti. 

Apa pun selamat bercuti buat semua warga pendidik. Semoga 2011 memberi lebih banyak peluang untuk kita memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dari pelbagai aspek,terutamanya aspek P&P.




{♥}blogged by semara suci @ 8:25:00 PM{♥}




{♥}SEPETANG DI OLDTOWN{♥}
Thursday, November 4, 2010

Memenuhi masa senggang yang ada sambil merungkai fikiran yang semakin kusut akhir-akhir ni, di tambah pulak esok merupakan cuti Deepavali,aku ajak adik-adikku berlibur di Jaya Jusco. Bukan apa, memandangkan adik lelakiku memerlukan seluar slack untuk dipakai menghadiri kem motivasi hujung minggu ini, maka ku kira sambil menemaninya membeli pakaian, boleh juga aku meredakan ketengangan fikiran yang semakin menjadi-jadi lewat kebelakangan ini. Kebetulan, firma tempat  adik perempuanku bekerja juga di tutup awal kerana rata-rata pekerja firma itu adalah India.

Berjalan-jalan, melihat telatah orang ramai dan akhirnya melepaskan lelah membasahi tekak di OLDTOWN KOPTIAM. Antara kopitiam yang sering menjadi pilihan kami.



{♥}blogged by semara suci @ 8:29:00 PM{♥}




{♥}SEDEKAH.CINTA{♥}
Sunday, October 31, 2010

Pagi minggu yang sibuk, selesai mengendalikan kerja-kerja rumah, aku terus menyiapkan diri untuk ke majlis kenduri doa selamat di rumah mak cikku. Ibuku dan Iman dari malam tadi lagi dah ke sana. Jam 10.30 pagi aku memulakan perjalanan. Dalam perjalanan, aku singgah di Maybank Setia Alam. Melihatkan di luar pintu bank ada seorang lelaki yang mengutip derma untuk anak-anak yatim, membuatkan langkahku terhenti. Teringat majalah yang ku baca kelmarin di sekolah. Kata penulis rencana itu, sebaik mana pun amalan seorang wanita, si suami mestilah menghulurkan sedekah dengan diniatkan bagi pihak isterinya. Ini kerana apabila wanita mengalami haid, maka dia tidak melakukan solat dan berpuasa.Inilah bukti kekurangan dalam agamanya. (Riwayat al-Bukhari 298)

Justeru, di bahu para suamilah letaknya tanggungjawab untuk menyelamatkan isterinya. Inilah yang dinamai sedekah cinta. Jika benar begitu, apakah 'dia' tahu akan peranannya. Kerana dia juga sepatutnya menjaga kebajikan dan memberi didikan agama pada Iman...Sebelum meneruskan perjalanan ke Port Klang, lelaki yang mengutip derma itu aku dekati. Ku hulurkan sedikit wang sebagai sedekahku. Padanya ku katakan, usahlah berterima kasih kerana rezekiku ini datangnya dari DIA yang perlu aku kongsikan bersama mereka yang memerlukan. Pintaku, doakan sahaja yang terbaik buat aku dan puteriku, Iman Qistina. Bersama deraian air mata, aku meneruskan perjalanan. Tidak sabar rasanya ingin memeluk Iman.

{♥}blogged by semara suci @ 10:46:00 PM{♥}




{♥}PERTEMUAN{♥}
Friday, October 29, 2010

Seharian penat di sekolah. Dari pagi menjelang tengah hari, raptai penuh sempena Majlis Kesyukuran malam ini dijalankan. Walaupun tidak terlibat sepenuhnya, tapi keletihan tetap bertamu dalam diri. Manakan tidak, serak suara aku kerana sehabis daya melawan hingar yang datang dari dewan sekolah semata-mata untuk menyampaikan ilmu kepada murid-muridku.

Pulang dari sekolah, aku menggagahi diri ke 'car wash'. Hampir sebulan keretaku tidak di bersihkan. Ntah apa rupanya aku pun tak dapat nak huraikan. Yang nyata, memang kotor giler. Pada mulanya, hanya aku seorang pelanggan di 'car wash'. Kemudian datang sebuah kereta lagi. Tengok pada kereta mewahnya, dapatlah aku simpulkan bahawa yang datang ni, bukanlah calang-calang orang. Memulakan perbualan, wanita berusia lingkungan 40 an ni yang menyapaku dulu. Dari sekadar berbasi-basi, lama-kelamaan perbualan kami semakin rancak. Ternyata sangkaanku benar, wanita ini merupakan orang berada dan sering mengunjungi 'car wash' ini. Dari mulut pemilik 'car wash' tau la aku bahawa wanita ini isteri kepada jurutera PETRONAS dan memiliki 3 buah kereta.

Pada pandangan aku, wanita ini walaupun berada tapi dia seorang yang merendah diri. Cara dia menuturkan kata-kata nampak berhemah dan dilandasi nilai keagamaan. Mengetahui aku seorang guru, dia turut bercerita tentang perkembangan pendidikan anak-anaknya padaku. Dalam pada berbual tentang anak-anak, dia turut bertanya tentang diriku. Tanpa aku duga, dia kemudian membuka cerita tentang alam rumah tangga. Tanpa berselindung, katanya dia sudah berumah tangga 22 tahun lamanya. Dalam sesebuah perkahwinan, 6 bulan yang pertama, 3 tahun pertama dan 5 tahun perkahwinan pasti di lambung badai. Ujian demi ujian singgah tanpa menyapa. Segalanya atas diri kita dan pasangan, bagaimana ingin mengatasi dugaan itu dan menyelesaikan segala permasalahan dengan bijak. Katanya lagi, rumah tangga dia sendiri pun tak lepas dari gelora. Tambahan pula suaminya berkerja di luar negara. Dua atau tiga bulan sekali baru pulang ke Malaysia. Sekali pulang hanya untuk 2,3 minggu sahaja. Segala urusan rumah dan anak-anak terletak atas bahunya. Dialah ibu, dialah ayah...Untuk menghilangkan kebosanan dan mengelakkan diri dari memikirkan suami yang jauh, dia sering ke masjid untuk berjemaah. Setiap hujung minggu pula, dia mengikuti kelas Bahasa Arab.

Meneruskan perbualan, wanita ini turut menyatakan yang lelaki adalah makhluk TUHAN yang penuh misteri. Sesetia mana pun mereka, tidak semua perkara akan mereka kongsikan dengan pasangan hidup mereka. Lelaki tidak seperti kaum wanita. Seorang wanita, apabila berkongsi hidup dengan lelaki, suamilah segala-galanya.Betulkah begitu???Terkedu aku seketika...Terdetik dalam hati, TUHAN di saat aku sendiri dan kebingungan, KAU hadirkan insan ini. Walaupun aku tidak mengenali siapa dia, tetapi segala kata-kata yang terbit dari mulutnya membuatkan aku berfikir, apa pun yang terjadi kehidupan perlu diteruskan. Mungkin aku juga perlu menyibukkan diri supaya aku dapat melupakan 'dia' yang tak pernah sekalipun mengingati aku dan Iman.

{♥}blogged by semara suci @ 5:24:00 PM{♥}




{♥}LEGA{♥}
Thursday, October 14, 2010

Lega rasa hati, akhirnya siap semua kerja-kerja yang tertangguh selama beberapa hari. Bukan sengaja menangguh kerja, tetapi ada perkara lain yang menuntut perhatian lebih membuatkan aku meninggalkan dulu yang kurang penting. Oleh kerana hari ni aku banyak masa senggang ditambah dengan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 6 dicutikan sempena Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Peringkat Negeri, di mana sekolah aku menjadi tuan rumah, maka aku penuhi masa yang ada dengan menyemak buku kerja murid yang bertimbun, membungkus kertas soalan ujian dan menyiapkan pemarkahan lisan.

Pulang dari sekolah, aku menjemput adik lelakiku di sekolahnya. Kemudian dia dan seorang rakannya aku bawa makan tengah hari di Mc Donalds. Punya la lama tak makan Mc Donalds setelah mengurung diri memikir nasib diri dan menjauhkan diri dari segala hiruk pukuk, hari ni sepuas-puasnya aku nikmati menu yang menjadi pilihan. Hehehe...

{♥}blogged by semara suci @ 8:09:00 PM{♥}




{♥}HARI YANG MEMENATKAN{♥}
Wednesday, October 13, 2010

Lega rasa hati. Lapang fikirannku bila memkirkan yang aktiviti ko-kurikulum dah pun berakhir hari ni. Hari akhir yang memenatkan. Manakan tidak kalau hari ni guru penyelaras kena beri markah kepada murid-murid. Tamat sesi persekolahan jam 1.30 petang, diteruskan pula dengan aktiviti ko-kurikulum bermula jam 2.00 - 3.30 petang. Satu-persatu murid perlu diberi markah pencapaian mereka dalam aktiviti ko-kurikulum dengan berdasarkan kehadiran mereka selama 7 kali setahun. Selesai pemberian markah, segala fail-fail berkaitan aktiviti ko-kurikulum perlu di kemaskini. Erm...akhirnya aku sampai juga ke rumah pada jam 5.00 petang. Macam kerja pejabat pula aku rasa.

{♥}blogged by semara suci @ 8:39:00 PM{♥}




{♥}PEMBETULAN{♥}
Tuesday, October 12, 2010

Aku semakin bosan bila nak dekat-dekat waktu ujian. Bukan apa, kertas tak siap-siap lagi. Ada je yang tak kena. Kalau tak sampai 4,5 kali dibetulkan bukanlah kertas BM namanya tu. Bila murid buat salah atau sedikit silap, berkali-kali aku suruh mereka buat pembetulan. Lagipun dah memang 'style' sekolah aku yang suka suruh murid buat pembetulan berulang kali. Yang aku pelik, kertas BM je yang kena betulkan berkali-kali. Subjek lain, senang-senang je diluluskan untuk di rezo. Ntah badi apa yang melekat kat subjek BM pun aku tak tau. Sampai naik juling dan rasa nak muntah aku tengok kertas soalan yang kubuat. Kata seorang teman, dah tak tau nak pilih soalan senang yang macam mana. Soalan Tahap 2 pun dah lebih kurang dengan Tahap 1.

Petang ni, sekali lagi aku menghadap kertas soalan. Membetulkan apa yang silap, menambah apa yang kurang, menukar apa yang tak kena. Erm...nasib-nasib...

{♥}blogged by semara suci @ 8:00:00 PM{♥}









pink heartME, MYSELF & I
♥ semara suci





pink heartWISHES
b happy with him

pink heartLOVE SONG



pink heartTHE PASTS

PENGHUJUNG PENGGAL
SEPETANG DI OLDTOWN
SEDEKAH.CINTA
PERTEMUAN
LEGA
HARI YANG MEMENATKAN
PEMBETULAN
AKAL
BOYS'RE STUPID, SOME MEN TOO
UPSR

pink heartHISTORIES
December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010


pink heartTAGBOARD


pink heartDARLINK
viewing

iman qistina
nanyrazaly
zanazanzaly
rozais al-anamy
noble art

pink heartMY LINK


pink heartVISITORS

pink heartTHANKS
Designer : peiyinqq--x33
Basecode : ----xDEAD
Background:egginess
Others : x o x o