Hari akhir sekolah, masih hari yang memenatkan. Manakan tidak, sepatutnya lusa masih merupakan hari persekolahan. Bagaimanapun, memandangkan esok adalah Hari Raya Aidiladha, maka sekolah akan terus bercuti hingga ke akhir tahun. Segala agenda sekolah yang telah di atur untuk hari Khamis dan Jumaat terpaksa dijalankan semalam dan hari ini.
Hari ini juga merupakan hari penyampaian hadiah bagi murid-murid yang cemerlang dalam keputusan ujian dan semua aktiviti sekolah sepanjang tahun. Aku pula dan beberapa orang guru lain sibuk menyiapkan CETREE untuk digunapakai bagi sesi P&P tahun 2011 nanti.
Apa pun selamat bercuti buat semua warga pendidik. Semoga 2011 memberi lebih banyak peluang untuk kita memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dari pelbagai aspek,terutamanya aspek P&P.
Memenuhi masa senggang yang ada sambil merungkai fikiran yang semakin kusut akhir-akhir ni, di tambah pulak esok merupakan cuti Deepavali,aku ajak adik-adikku berlibur di Jaya Jusco. Bukan apa, memandangkan adik lelakiku memerlukan seluar slack untuk dipakai menghadiri kem motivasi hujung minggu ini, maka ku kira sambil menemaninya membeli pakaian, boleh juga aku meredakan ketengangan fikiran yang semakin menjadi-jadi lewat kebelakangan ini. Kebetulan, firma tempat adik perempuanku bekerja juga di tutup awal kerana rata-rata pekerja firma itu adalah India.
Berjalan-jalan, melihat telatah orang ramai dan akhirnya melepaskan lelah membasahi tekak di OLDTOWN KOPTIAM. Antara kopitiam yang sering menjadi pilihan kami.